Namun, erti sebenar Melayu adalah seperti berikut;
Melayu umpama pucuk kayu, iaitu melayukan diri seperti yang dilakukan oleh pucuk kayu. Layu ini berlaku bukan kerana panas, atau terkena api, tetapi melayukan diri kerana ia merendahkan diri serta ia tidak mahu membesarkan diri. Segala tingkah laku orang Melayu terjaga. Lemah lembut tidak berlebih-lebihan, tidak pula terlalu kurang.
Dari sini, Melayu itu sederhana sifatnya. Yakni tidak mengada-ngada, sentiasa menjaga budi dan pandai menyimpan diri. Akan tetapi, biar berlemah-lembut serta besederhana, Melayu tetap tegas dalam pendiriannya..
Inilah maksud Melayu yang aku rujuk dari karya yang menggunakan bahasa Melayu klasik Ketupat Cinta [Musim Perama] karya Faisal Tehrani.
No comments:
Post a Comment