Maaf atas terlalu lama xupdate di blog nie. Sejak dua menjak ni agak keliru dengan keadaan diri yang seringkali dijajah oleh anasir2 yang cuba memecahbelahkan orang yang berada di sekeliling aku.
Apa makna merdeka pada pandangan aku???
Merdeka untuk tahun 2009 ni pada aku bermakna kita perlu merdekakan diri dari Pakatan memecahbelahkan Rakyat yakni PR. Kewujudan UMNO semenjak zaman sebelum merdeka telah menjadi nadi utama perjuangan masyarakat Malaysia untuk mendapatkan kemerdekaan dari pihak British. UMNO yang telah mewujudkan satu Perikatan yang unik di kalangan masyarakat berbilang kaum yakni teridiri dari masyarakat Melayu, Cina & India (pada masa tu). Kekuatan dan semangat untuk bertoleransi antara kaum inilah menjadi akar umbi pembentukan negara yang paling berkembang pesat di dunia.Malaysia.
Namun kehadiran Pakatan yang konon memperjuangkan hal Rakyat ini telah menimbulkan banyak kekecohan di negara ini.. Lihat saja bagaimana berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Bagaimana Pakatan menghancurkan perpaduan Rakyat ni telah memainkan sentimen kaum untuk menambat hati pengundi yang akhirnya menimbulkan satu peristiwa berdarah di negara kita.
Mungkin juga sambutan ulang tahun kemerdekaan kita tahun nie diraikan dengan bangga atas kemenangan ketua angkatan katak Malaysia yang menjadi Pengerusi Pakatan menghancurkan Rakyat Malaysia, Katak Seri Anwar Gus Dur Ibrahim yang telah memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh Ogos tahun lalu.
Apa yang aku harapkan ialah agar rakyat atau bangsa Malaysia PERLU sedar bahawa Malaysia merupakan semenanjung emas yang menjadi lubuk pertemuan segala pedagang dari seluruh pelosok dunia.Justeru itu janganlah kita biarkan negara kita huru-hara dengan dakyah politik mereka yang cuba menghancurkan kesepaduan yang telah wujud antara kita. Namun, sekiranya berlaku salahguna di kalangan pemimpin sedia ada, buatlah teguran secara terbuka. Demi kebaikan bersama.
Kerana kini, semakin banyak negara yang dengkikan kebahagiaan, kemewahan dan perpaduan yang ada pada kita.Jangan jadikan perpaduan sebagai ancaman yang terus menghancurkan negara...
Semoga Malaysia terus aman, bahagia dan makmur. Salam kemerdekaan ke 52.
No comments:
Post a Comment