8.23.2009

Bersyukurlah...

Sempena bulan Ramadhan nie, salah satu nilai moral yang wajar diambil perhatian ialah bersyukur... Mungkin ramai dari kita yang hanya pandai cakap.. Syukur la.. Syukur.. Syukur... Apa makna syukur??

Kalo ikut kamus dewan, syukur nie makna dia terima kasih..Atau berterima kasih... 

Dari makna literal nie, aku boleh simpulkan untuk memudahkan pemahaman kita ialah dengan mengucapkan kata syukur pada Tuhan yang sentiasa memberikan kita limpahan rezeki mahupun kebahagiaan jiwa.

Kita yang tinggal di Malaysia nie telah mendapat LIMPAHAN nikmat.. Samada dari segi makan, minum, mahupun untuk menjalani program2 kehidupan... Memang membahagiakan.... Justeru itu, setinggi syukur perlu kita panjatkan padaNya dan sekiranya ada orang yang mengalami kesusahan di sekeliling kita maka, kita patut tolong....

Apa yang baik perlu diteruskan.. Jangan la kita asyik saja nak cari kesalahan sesama manusia.. Kerana manusia sememangnya tidak sempurna sepenuhnya. Kalau berlaku kesilapan pon, tegurlah dengan cara berhikmah agar kita tidak tergolong dari kalangan manusia yang kufur nikmat...

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...