10.09.2008

Siapa gila?

Seperti yang semua orang jangkakan, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi telah membuat keputusan untuk membuat peralihan kuasa lebih awal dari yang dijadualkan. Datuk Seri Abdullah atau lebih mesra menggunakan nama Pak Lah telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac tahun depan. Justeru itu, ini telah membuktikan kepada kita bahawa sesungguhnya perjuangan politik Pak Lah bukanlah bersifat mementingkan diri & keluarganya sendiri. Namun demikian, kata orang tiada siapa mampu menghentikan cacian & makian dari golongan yang sentiasa tidak bersetuju dengan setiap apa pemimpin kita lakukan. Apa yang Pak Lah buat bila beliau dituduh dengan tuduhan yang tidak berasas? Adakah beliau terus saja melatah an memaki hamun balik? Tidak sama sekali. Sikap ini yang wajar setiap pemimpin muda ambil perhatian & wajar dicontohi.

Sungguhpun demikian, apa pula cerita dengan mimpi Datuk Seri Anwar Ibrahim? KOnonnya mampu menjadi Perdana Menteri ke 6 selepas menang pilihanraya kecil Permatang Pauh??
Tiada apa yang dapat kita lihat. Apa yang dah mula dijalankan oleh beliau untuk rakyat Permatang Pauh hingga setakat ni? Langsung tiada petanda terima kasih mahupun ucapan hari raya untuk semua. Yang ada pun, hanya perutusan melalui blog rasmi beliau. Itupun bukan semua rakyat Permatang Pauh dapat mengaksesnya dengan baik dari rumah masing-masing. Keadaan kini jelas membuktikan pada kita siapa yang lebih gila kuasa atau perkataan lebih baik ialah Gila nak Jadi Perdana Menteri.

Nampaknya, menjelang pertengahan tahun depan, Malaysia akan menerima Perdana Menteri baru. Siapa? Masih belum kita ketahui. Datuk Seri Najib? Tengku Razaliegh? Semuanya bergantung pada pilihan yang dibuat oleh pemimpin UMNO bahagian dari seluruh Malaysia. Mari kita lihat bagaimana dengan peralihan kuasa ini mampu untuk menyelesaikan permasalahan dalaman UMNO yang telah menjejaskan undi mereka dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Satu berita gembira hasil perubahan kuasa ni ialah Tun Dr M akan kembali ke dalam UMNO untuk memulihkan UMNO.

Bagaimana pula dengan peluang untuk pemimpin muda menerajui parti? Adakah golongan ini akan diberi peluang sebaiknya?Sama-sama kita tunggu & lihat.

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...