10.16.2008

Bila sakit kepala....

Anda pernah merasa sakit kepala???Bukan pening! tapi sakit! INilah yang aku tengah alami sekarang...ntah kenapa begini pula rasanya...Mngkin dengan beberapa bebanan kerja yang perlu disiapkan dengan pembubaran MPP yang berlaku hari ini. Nampaknya banyak laporan yang perlu disiapkan bagi kemudahan dan rujukan perwakilan yang akan datang. Selain tu juga, waktu sekarang juga teramatlah sibuk dengan pelbagai asignment, exam pertengahan semester dan juga yang paling penting, draf projek tahun akhir perlu disiapkan... Walau apa pun, kesihatan tetap perlu dijaga dengan rapi. Biar apa yang berlaku itu paling penting..

Hari ini 16 Oktober 2008. Maka bubar la sudah Majlis Perwakilan Pelajar 2007/2008. Maka bermula hari ini sehinggalah hari pembuangan undi, aku akan bertindak sebagai "caretaker" dengan jawatan Bendahari Kehormat di UMS ni. Apa yang penting, jawatan hanya tinggal jawatan. Hanya perlu bila perlukan urusan luar. 18hb ni saya akan menghadiri Mesyuarat PANEL Perpaduan Negara di Kota Kinabalu anjuran Kementerian. So, di sinilah jadi pentingnya "caretaker" di sini. Buat sesiapa yang mungkin masih kurang faham, biar saya terangkan dengan lebih mudah.

Tugas MPP yang ada sekarang hanya sebagai penjawat jawatan sahaja. Bukan lagi untuk membuat dasar ataupun meluluskan apa-apa yang di bawah bidang kuasanya. Jadi, sekiranya UMS memerlukan wakil dari MPP untuk menyelesaikan kes di luar atau menghadiri majlis yang memerlukan wakil dari pihak pelajar, MPP tetap perlu menjalankan tugasnya. Semoga dengan naiknya banner ataupun notis pembubaran, jangan risau. Insyaallah tiada sebarang kekacauan berlaku di UMS. Apa yang kita harapkan, Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung nanti akan memberikan kita satu dimensi baru dalam kepimpinan mahasiswa. Pada 23 Oktober ini kita akan dapat lihat sejauh mana tahap kesedaran mahasiswa di UMS ini untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai warga UMS. Itu sahaja. Sekian.

2 comments:

  1. salam....huhu,sedihny kmu xlg jd org mpp.....kmu ni slalu sakit kn?wish u da very gud luck in everything u do....strive for final k! ;)

    ReplyDelete
  2. hoho...xla slalu sakit..cuma sejak kblakangan nie ja...mcm ada kepenatan yg banyak gila...huhu

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...