5.21.2009

Kenapa aku minat AF???


Ada beberapa member yang sampai skang ni sangat concern ngan aku.. Asyik saja depa tanya kat aku knapa aku minat AF?? Sejak aku form 5 dlu, aku punya minat kat AF nie tahap nak menanah..AF yang aku maksudkan kat sini ialah rancangan realiti Akademi Fantasia yang dah 7 musim meletop kat TV siaran di Astro Ria channel 104 ASTRO. 

1st skali pasal AF ni lah yang mampu menambahkan kemesraan antara aku ngan family aku.. Ada saja isu yang boleh sembang & wat lawak.. Bermula dari fikir tentang AF la...aha..JAdi ni menjadi sebab utama aku minat AF...

2nd, aku minat gila AF ni bila mana AF nie aku nampak ada banyak falsafah & fahaman yang aku fikirkan boleh dijadikan panduan untuk aku menempuh dugaan & cabaran sepanjang aku meneruskan pengajian aku di bidang akademik. Mungkin masa awal2 tgk AF aku xterfikir tentang ni. Maybe hiburan tue jadi punca aku tgk AF.. Setelah ALLAH bagi aku petunjuk untuk berfikir secara mendalam, aku dapat tgk kaedah & pendirian yang cuba diketengahkan oleh AF ni boleh aku sesuaikan dengan diri aku untuk aku teruskan hidup. 

3rd.Salah satu falsafah yang aku gunakan sampai skang nie ialah "Pasti berjaya di Akademi Fantasia".. Nie adalah salah satu rangkap yang terucap dalam rangkap lagu tema akademi fantasia. Bila kita sentiasa ada semangat untuk berjuang dalam apa pun, kejayaan tue PASTI akan datang. SEMANGAT + BERUSAHA (dalam perjuangan) = KEJAYAAN.
*Kisah falsafah yang aku faham melalui AF akan aku tulis dalam entry yang akan datang.

4th.. Aku minat gila AF ni bila jenama yang dia dah menjadi bahan bualan seluruh pelusuk negara.Xkisah la hang suka, benci ataupun xpernah tgk AF.. Perkataan AF tu akan sentiasa tersebut oleh orang2 yang ada di Malaysia.MAksud di sini, jenama AF ni diketahui di seluruh negara. Di mana jenama yang sebegini diperlukan oleh kita untuk membolehkan kita berjaya terutama di bidang perniagaan.

5th...Kita dapat tengok cara kerja yang berbeza dari pelbagai jenis manusia. Keunikan manusia dapat aku tengok dalam AF ni. Mudah untuk aku blaja kaedah untuk mendekati orang yang ada dari berbagai ragam & perangai di dunia nie.

Nie saja yang dapat aku fikir sampai skang..Namun, family 1st.... Then baru aku fikir tentang aku & diriku...

2 comments:

  1. yup, apa2 pun setiap orang ada pendapat sendiri...sebabnya hanya satu....MANUSIA TU KAN UNIK.....hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha... yES!!! i LOVE THAT STATEMENT!

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...