3.27.2009

Transformasi UMNO....



Pucuk pimpinan UMNO telah pun kita ketahui..




Namun, apa yang bermain di fikiran ramai orang, apa pula perubahan atau transformasi yang berlaku dengan pimpinan yang baru dilantik nie???




UMNO kini telah mula menampakkan nilai lebaralisme dalam kepimpinannya. Berbanding sebelum ini, gaya konservatif yang diamalkan tampak dapat menguatkan perjuangan yang sentiasa belum selesai itu.




Terbaca penulisan dari blog Faisal Tehrani menyebabkan aku berminat untuk menyokong isi penulisan yang diutarakan beliau.




2 kaedah transformasi yang perlu dititikberatkan oleh pimpinan UMNO yang baru. Terutamanya untuk Ketua Pemuda.


1. UMNO perlu kenalpasti virus yang merebak & cuba disembur ke dalam hati pemuda Melayu & Malaysia.


2.UMNO juga perlu kenalpasti kaedah untuk menguatkan jatidiri & akidah pemimpin Melayu & umat Melayu yang ada.




KAedah ini perlulah dibuat dengan pendekatan yang baik tanpa memikirkan parti yang dipegang kerana pendekatan menyeluruh inilah yang mampu menaikkan kembali kepercayaan & reputasi rakyat terhadap pemimpin UMNO.




Justeru itu, perjuangan baru bermula. Teruskan perjuangan buat pemimpin Baru UMNO..

2 comments:

  1. Salam WUFI

    Tan Sri Rafidah Aziz yang menang pilihanraya untuk Parlimen Kuala Kangsar, kalah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di Parlimen Lembah Pantai. Rafidah Aziz menang pilihanraya kalah bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di tempatnya sendiri, menang dan diangkat menjadi Ketua Wanita UMNO.

    Apa yang ditolak rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.

    Sama juga dengan Pemuda UMNO.

    Calon yang lebih teguh kedudukannya di kalangan rakyat pengundi kawasan masing-masing, ditolak oleh ahli UMNO. Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kalah. Datuk Mukhriz Mahathir pun kalah. Calon yang menang adalah calon yang bermasalah dengan Lembaga Disiplin UMNO, bermasalah dengan keputusan pilihanraya di Parlimen beliau, malah terlebih utamanya, bermasalah dengan rakyat.

    Apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.

    UMNO sedang memberikan mesejnya kepada rakyat, bahawa apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh UMNO. Apa yang dipilih oleh rakyat, itulah yang ditolak oleh UMNO. Sesungguhnya UMNO bersungguh-sungguh untuk tidak bersama rakyat. Pengundi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, tentu faham maksud kenyataan ini.

    alahai UMNO....:(


    Sumber : www.saifulislam.com

    ReplyDelete
  2. Salam WUFI Kembali...

    "Xkan kita nak cuba dengan parti yang hanya pandai memberi janji tanpa pandai mentadbir rakyat dengan baik?"

    Jawapannya: TIDAK. Inilah tingkah dan sikap orang UMNO dan juak-juaknya yang kuat makan duit rakyat. Suka menabur janji tetapi tidak menepati. Golongan ini sudahpun dilaknat oleh Allah dalam surah As-Soff. Setiap kali PRU masa itu jugalah pelbagai gula-gula polituk ditabur. Saya optimis, selepas era Neo-Firaun, Najib, BN/UMNO akan tersungkur menepati ramalan R.A.H.M.A.N. Ayuh kita talkin mereka. Amin

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...