1.30.2009

Lupa diri...

Lupa...

Kalo ikut Kamus Dewan edisi ke 4, salah satu maksud kepada perkataan lupa ialah tidak terlintas di fikiran.... Selain tu, lupa jugak membawa maksud tidak sedar...

Masalah lupa ni biasa akan bagi kita macam-macam masalah...

Ada banyak kisah berkaitan lupa nie...Nie kisah lupa diri.

Kejadian lupa diri biasa berlaku di kalangan pelajat IPT. Kadang2 isu lupa diri ni berlaku bila seseorang tue mula masuk skola berasrama...Tapi, aku xmau bincang hal lupa diri di skola berasrama pasal jarang berlaku kes ni. Tapi tetap ada la..

Tapi, kenapa lupa diri ni selalu terjadi?? Pengaruh rakan sebaya?? Terlalu tidak kuat pegangan prinsip dalam diri?? Kurang kasih sayang keluarga??

Persoalan ni biasa timbul dalam kotak pemikiran aku bila berlaku kes lupa diri samada pada kawan2 sekeliling aku mahupun terjadi pada diri aku sendiri.

Bila seseorang tue dah lupa diri, kita sebagai member (tak kisah member baik atau biasa2 saja0, pasti kita akan dapat merasai aura perubahan dalam diri seseorang tue... Tapi, kita jugak bleh rasa sejauh mana tahap lupa diri seseorang...

Tapi apa yang penting, tahap lupa diri ni biarlah tidak sampai tahap memudaratkan diri mahupun orang sekeliling. Kadang2, bila kita dah lupa diri ni, duit akan cepat habis... Itulah biasanya simptom yang paling UTAMA yang akan dapat kita kesan bila kita lupa diri..

Kesimpulannya, sentiasalah berwaspada dengan diri kita kerana kita mudah tersasar dari apa yang kita fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...