11.25.2008

Akronim & perkataan remaja “moden”.

Bila diminta untuk ceritakan tentang akronim ataupun kod remaja masa kini, maka aku teringat satu cerita..

Baru-baru nie adik aku ada sket masalah di skolah dia….Tetiba dia kuar satu akronim yang aku rasa pelik + lawak… Tapi ni yang slalu digunakan oleh budak2 skolah dia…. Statement yang dia kuarkan bunyinya lebih kurang cmnia…”Tak pa la….Adik ni xpandai sangat….Adik nie dah la K.A….” haha…bila aku dengar akronim K.A nie yang aku pelik…nak marah pon xjadi…Bila tanya dia “K.A tue apa dik????” dia dalam muka yang monyok dan marah-marah kata “K.A tue kurang ajar….. Senior adik kat hostel slalu cakap adik cmtue…” hahaha….punya la pemalas nak cakap perkataan ‘kurang ajar’ sampai la dipendekkan jadi K.A…..hahaha…

Bila nak dikatakan berkaitan perkataan yang selalu disebut member-member plak, biasanya perkataan “poyo” diperkatakan… Aku diperkenalkan dengan perkataan nie masa zaman skola dulu…Xberapa nak paham atau susah nak diperkatakan maksud sebenar perkataan “poyo” nie.. Biasanya “poyo” nie merujuk kepada keadaan seseorang yang perasan hebat.. Boleh juga dikatakan “poyo” bila seseorang tue macam mintak puji sket..haha…Tue pemahaman aku tentang perkataan “poyo” nie..

Lagi satu perkataan yang selalu aku dengar iaitu “cute”… Aku dengan mudahnya memahami perkataan nie dengan mentafsirkan “cute” = comel… Tapi aku selalu pelik bila budak pompuan yang ada di sekeliling aku slalu bagi ‘anugerah’ “cute” nie kat benda yang aku xrasa mcam comel pon. Bebaru nie ada satu akak yang memang baik ngan aku nie gitau la… “Cute” = ugly but adoreable. Hurm… Patut la pon…hahaha… Biar ja la… Dah orang nampak sesuatu benda tue “cute”…Pandangan manusia nie kan xsemuanya sama…So, kita kena lebih memahami manusia…

Akan tetapi, dalam banyak-banyak akronim yang aku dengar, ada satu akronim ja yang aku rasa xboleh nak terima sket..Iaitu P.P.. P.P = Pulau Pinang…. Betapa peliknya ayat “aku nak g P.P. nak melancong…” hurm… Untuk pengetahuan orang yang xtau, Pulau Pinang adalah panggilan negeri yang istimewa di utara semenanjung… Kalo dalam bahasa Inggeris, Pulau Pinang dipanggil Penang. So, xperlu untuk tukar2 atau jadikan dia akronim yang xsedap.. Penang pon dah cukup sedap.ehe..

Ini sahaja yang dapat aku katakan buat setakat nie…



Ikuti Entry Sebenar dalam "Real Voices" Project di YouthSays.com atau klik pada
http://realvoices.youthsays.com/2008/11/akronim-perkataan-remaja-moden/

2 comments:

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...