Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh menjadi satu pilihanraya kecil yang BESAR maknanya kepada rakyat Malaysia. Ratusan malah mungkin juga ribuan wartawan asing hadir untuk membuat liputan sepanjang berlangsungnya tempoh kempen & hari pembuangan undi. Saya sempat bersembang dengan seorang wartawan dari Australia. Xsempat nk tanya nama tadi. Tapi dari apa yang saya dapat katakan, wartawan ini begitu menghaap agar DSAI memenangi pilihanraya kali ini. Saya x hairan kerana kaedah kempen & provokasi oleh PKR dalam pilihanraya kali ini melangkaui seluruh dunia.
Apakah keputusannya??? Kita nantikan bersama.Berikut sedikit gambaran untuk tatapan anda semua...
Dari gambaran ni kita dapat lihat macam2 karenah penyokong dari kedua-dua belah pihak....Diharapkan keamanan negara kita tetap terjaga. Juga mari kita sama-sama doakan agar apa keputusan yang terhasil malam nie mampu memastikan negara ini terus selamat, aman & makmur demi Islam untuk semua....Ok. Nak gi check in flight ke KK jam 7.30 malam ni...Bye..
No comments:
Post a Comment