6.08.2008

Kisah di Lawatan MPP di IPT sekitar Lembah Klang.

Salam sejahtera,
setelah lebih kurang seminggu kami menginap di UPM nie,dah tiba masa untuk balik bertugas di UMS...

Berikut ialah apa yang didapati dari lawatan kali ni.
1. KUASA
Saya menjadi lebih faham akan KUASA yang ada pada mahasiswa dalam menjalankan tugasnya demi menjaga kebajikan mahasiswa di UMS sendiri mahupun dalam membawa idea-idea baru di peringkat nasional. Selain itu, saya juga menjadi lebih faham untuk menggunakan KUASA yang ada sebaiknya dalam memastikan segala tindakan yang dilakukan adalah bertepatan dengan apa yang diperlukan oleh siswa siswi di UMS.

2. KAEDAH
Dari segi KAEDAH, saya menjadi lebih faham akan kaedah2 yang lebih kreatif boleh digunapakai bagi memastikan setiap tindakan yang dibuat ibarat "menarik rambut dalam tepung, rambut x putus dan tepung x bersepah".

3. KESEDARAN
Dengan lawatan kali ni juga, banyak kesedaran timbul bahawa sesungguhnya segala tindakan yang sedang dilakukan di UMS ni sebenarnya belum cukup kuat untuk memberikan impak yang besar dan positif untuk mahasiswa. Dengan lawatan ini juga saya sedar bahawa belajar di UMS nie juga sebenarnya begitu banyak kelebihan dan nikmat yang boleh didapati dan juga tidak ada di Universiti di semenanjung. Bukan sahaja dengan landskap dan pantai yang indah, akan tetapi, kesepaduan antara kaum yang wujud di sini juga menjadi simbol & contoh yg sangat baik dalam usaha memastikan Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah.


Kesimpulannya, lawatan yang dianjurkan oleh Naib Presiden Akademik & Diplomatik diketuai oleh Saudari Wong Jieh Jing dan 4 orang sekretariatnya menunjukkan kejayaan yang amat besar. dan ini telah menjadikan UMS nie lebih dikenali oleh siswa siswi yang belajar di Semenanjung ini atau lebih spesifiknya di Lembah Klang sendiri. Terima kasih banyak-banyak untuk pihak penganjur, pihak Parlimen Malaysia, MPP UIAM, MPP UKM, MPP UiTM, Management of Monash University, pihak di Istana Kehakiman Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, dan penghargaan terbesar untuk sahabat MPP dari Univesiti Putra Malaysia yang sudi memberikan kami peluang untuk tinggal di sini dan menggunakan bas UPM untuk menjayakan program yang bersejarah ini. Semoga dengan usaha ini menjadi titik tolak untuk terus meningkatkan mutu kepimpinan mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...