Majlis bermula jam 3 petang di dewan refflesia ESSET, Bangi. Semua perwakilan MPP yg hadir mengikuti pembentangan kertas kerja dr UiTM yg bertajuk “Halatuju MPP dan MPPK”. Dan juga sesi dialog dengan Ketua Eksekutif PTPTN dan dari bahagian Pelan Tindakan Strategik Pengajian Tinggi Negara.
Apa yang boleh didapati dari sesi pembentangan ni?
1. Pembentang hanya menceritakan berkenaan resolusi MPP Kebangsaan kepada pihak KPT dalam menjaga kebajikan MPP
2. Terdapat banyak kesalahan taip ”typing error” dalam edaran kertas kerja yang diberikan menunjukkan betapa kelemahan & kurang kesedaran dari pihak pembentang akan kesalahan teknikal sebegini rupa.
3. Tiada halatuju perjuangan MPP Kebangsaan yang melibatkan isu-isu hal ehwal negara samaada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial.
Cadangan kepada kertas kerja ini:
- penekanan perlu diberikan dalam aspek teknikal dalam kertas kerja yang dibentangkan.
- Pembentang perlu lebih serius dalam memberikan pembentangan tidak hanya bergantung kepada slide yang disediakan.
- Halatuju MPP Kebangsaan perlu diberi penekanan khusus. Perbezaan antara Resolusi MPP dan Halatuju MPP perlu diambil berat.
Sesi Bersama Bahagian PTPTN dan PTSPTN.
1. Kebanyakan isu yang dibangkitkan berkaitan PTPTN adalah berkaitan permohonan untuk dirujuk semula kadar faedah 3% yang dikenakan kepada mahasiswa.
2. Timbul juga isu berkaitan status caj pentadbiran yang dianggap RIBA oleh sesetengah pihak.
3. Kesimpulan yang dapat dibuat, pihak PTPTN hanya banyak memberikan jawapan untuk menyelamatkan diri. Apa yang diberikan hanyalah ALASAN dan sebarang bentuk PENYELESAIAN langsung tidak diketengahkan untuk pengetahuan pimpinan mahasiswa yang hadir.
4. Pelan Tindakan Strategik Pengajian Tinggi Negara tidak banyak disentuh, akan tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah isu PERPADUAN NASIONAL langsung tidak diketengahkan dalam Pelan Tindakan ini menunjukkan percanggahan dalam dasar kerajaan.
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan menekankan aspek perpaduan dan dikatakan bahawa IPT merupakan “jentera utama” dalam usaha membentuk perpaduan yang utuh dan kukuh. Adakah pihak kerajaan mementingkan kualiti rakyat dari sudut akademik sahaja? Adakah negara kita akan maju sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya 100 000 pemegang Ijazah Doktor Falsafah sedangkan perpaduan nasional kita tidak kukuh? Jika ini berlaku, bolehkah kita katakan bahawa cabaran PERTAMA dalam Wawasan 2020 boleh dianggap GAGAL??
Fikir-fikirkanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keindahan Bahasa
Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...
-
Majalah Mangga Edisi September 2009.. Klik SINI untuk download. Thanks to LeeSha @ JWGTorrent...
-
Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Denmark Sidang ini jadi sangat penting untuk mendapatkan satu kat...
-
Assalamualaikum.. Cuma ingin berkongsi sedikit sajak yang saya dah post kat blog rasmi Bendahari Kehormat ari tu... Kenapa waktu malam?? Mun...
No comments:
Post a Comment