10.05.2018

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik!

- Aman RA

But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated.

- Ernest Hemingway

Saya tak gagal! Saya cuma jumpa 10,000 kaedah yang tidak dapat digunakan.

- Thomas A. Edison

3.26.2010

Rindu & Sayang...

Manusia itu unik..Maka dengan setiap keunikan manusia itu kita perlu sentiasa memafkan apa yang kita rasakan salah bagi tindakan atau sikap manusia tersebut. Kerana kepercayaan kepada keunikan manusia ni membolehkan kita lebih memahami erti kehidupan.

Apa itu rindu?
Rindu itu sejenis perasaan atau ingatan kita terhadap individu mahupun objek yang pernah berada bersama kita mahupun melekat dalam memori hidup kita.

Apa itu sayang?
Sayang pulak boleh dikatakan sebagai sejenis panggilan pada seseorang yang menadapat tempat di hati seseorang.

Sayang jugak boleh aku takrifkan seagai pertaruhan perasaan hiba dan belas dari seseorang.



2 perkara yang aku sentiasa dengar, nampak dan sentiasa berusaha untuk merasainya dan cuba untuk diaplikasikan dalam hidup, tapi masih tak boleh. Tak boleh di sini sebabnya aku sendiri tak dapat nampak dan rasa sepenuhnya walaupun dalam kalangan ahli keluarga aku sendiri.

Kalo setakat sayang pasal sanggup lakukan apa saja demi seseorang. Itu dinamakan tanggungjawab!

Sebabnya, dalam berkeluarga, mahupun berkawan. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan apa sahaja pada orang yang ada kaitan dalam hidup kita ni. Kalo ia dikatakan sebab sayang. Agak mustahil sebabnya kalaupun tiada sesiapa yang akan bantu orang tue, pada masa kesusahan, tetap jadi tanggungjawab kita untuk tolong dia.. Kan??

So, apa maksud 2 perkataan ni???? Fikir, tengok dan rasakan...

3.25.2010

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)



Berikut ialah pakej yang ditawarkan oleh TM dalam pakej Unify yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam melalui Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI - National Broadband Initiative).


Ini adalah pakej harga yang ditawarkan. Sumber dari www.unify.my

Kenapa perlu pilih HSBB?


Kerana pada aku kelajuan yang sangat tinggi pada servis yang harganya amatlah murah.Nak banding dengan ISP len, yang kelajuan dia hanya sederhana dan kurang stabil biarpun mobile sifatnya.

Sedikit info tentang HSBB (High Speed Broadband)

HSBB nie boleh tampung untuk TRIPLE PLAY.
Bermakna, bila HSBB disambung ke rumah kita, ia boleh menampung kebolehan untuk
1. Melayari internet pada kelajuan tinggi.
2. IPTV (Internet Protocol Television) Nengok TV via internet.
3. VOBB (Voice Over Broadband) Tepon guna broadband yang mcm YM, Skype dll tue.

So, stakat nie ada 4 kawasan PERTAMA telah mendapat akses nih, iaitu Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar dan Shah Alam.Untuk proses pendaftaran boleh didaftarkan di TMPoint atau untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi di talian 100.

3.24.2010

Kepercayaan Kepada Allah.

Cadangan untuk menjadikan Rukunegara PERTAMA dari Kepercayaan Kepada Tuhan ditukarkan kepada Kepercayaan Kepada Allah adalah satu perkara yang aku boleh katakan wajar untuk disokong.


Bila kuasa diberikan pada Ahli Parlimen untuk membincangkan dan membuat perbahasan ke atas perlembagaan mahupun untuk meminda perlembagaan, ia tidak bermakna Ahli Parlimen boleh membuatnya sesuka hati. 


Namun, kiranya ia bertujuan untuk memantapkan akidah umat di Malaysia. Untuk memantapkan perpaduan rakyat SATU Malaysia, maka aku katakan kuasa ini SEHARUSNYA digunakan sebaik mungkin demi kestabilan antara rakyat di samping merapatkan jurang sosial.

3.21.2010

Bukanlah terbaik di mata orang.


Inilah realiti hidup, kita sentiasa berusaha untuk memastikan yang terbaik dalam hidup kita. Apa saja perkara yang kita lakukan pastilah saja bersifat yang terbaik demi memastikan orang sekeliling kita selesa dan juga bahagia bersama dengan kita.

Namun, itu usaha dari pihak kita. Mulut manusia tetap akan berkata-kata. Samada sedap didengar mahupun yang tidak sedap, namun telinga tetap boleh mendengar dan mulut akan tetap saja berbicara.

Apa yang pasti, dalam hidup nie kita perlu untuk berusaha secara ekstra demi meningkatkan prestasi diri yang hanya biasa-biasa saja. Biar kita sudah berhempas pulas, namun kalo buruk di mata orang, maka buruklah ia. Bagi menyedapkan hati, dengan pasrahnya kita perlu sedar akan kesilapan dan sentiasa perlu berazam untuk melakukan lebih baik di masa depan.

Langkah untuk berjuang jangan terhenti kerana kejayaan itu pasti datang.


**Tahniah buat Adira AF8 kerana menjadi antara pelajar AF8 yang berjaya mendapat pujian dari pihak pengkritik semalam. Mungkin kerana yang lain mendapat teguran membina dari pengkritik, maka Adira perlu lebih berusaha untuk maintain yang terbaik untuk minggu depan.

Maka sokongan aku dah jadi 4. Adira, Ain, Anum & Iwan.

Maka berdasarkan konsert 1 AF8 semalam, dari 4 peserta favourite aku nih.

No 1:Adira

No 2:Anum

No 3:Ain

No 4:Iwan

AFUNDI ADIRA dan hantar kr 32999



Kredit gambar untuk Murai.com.my

3.20.2010

Antara Rasis dengan Kuasa Politik.


Banyak saja orang katakan UMNO itu satu Parti yang rasis. Terutama UMNO Baru. Kiranya dari pandangan sebahagian besar pihak ialah PKR yang mementingkan KEADILAN rakyat Malaysia merupakan parti bersifat Nasional (pada hakikatnya lain). Pendapat yang sama juga dilontarkan oleh Parti DAP yang majoriti ahlinya dari orang Cina dan India.

Apa itu rasis sebenarnya??

Rasis merupakan sesuatu individu atau kumpulan manusia yang percaya bahawa bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau yang mendukung kepada bangsa lain di dunia. Sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan bangsanya mendapat tempat sebagai bangsa yang unggul.

Dari tindakan yang dibuat UMNO, bukanlah UMNO mahu untuk menyingkirkan bangsa lain. Malah UMNOlah merupakan parti politik yang paling banyak bertolak ansur dengan parti terutama dari bangsa lain untuk membolehkan bangsa lain hidup aman dan harmoni di Malaysia.

Dengan adanya UMNO, maka taraf kewarganegaraan dapat dinikmati oleh orang Cina mahupun India. Lebih menarik lagi hasil tolak ansur orang UMNO dari keturunan Melayu inilah yang membolehkan orang Cina dan India di Malaysia boleh membolot sehingga 70% penguasaan ekonomi di Malaysia. Ada ka negara lain yang boleh bagi kebahagiaan sampai tahap camni?

Adakah UMNO rasis???

Apa yang ada dengan tindakan yang dibuat oleh orang UMNO kini, adalah untuk memastikan politik negara stabil. Kuasa politik dikekalkan. Yang Di Pertuan Agong sentiasa mendapat tempat tertinggi di dalam kuasa politik negara kita.

Kalo ada parti yang cuba mempersoalkan kedudukan perlembagaan negara terutama perkara paling sensitif yakni berkaitan Islam, mahupun YDPA. Mereka ini sepatutnya dihukum sebagai RASIS.

Maleh nak cakap pasal PAS sebabnya parti ini sendiri patut paham, dalam perjuangan menegakkan Islam, ia bergerak secara berjemaah. Sekalipun ia dalam satu jemaah, dan ditambah pula jemaah itu satu jemaah yang besar, maka ia takkan terlepas dari membuat DOSA. Betulkan pemikiran anda tentang syurga & neraka untuk orang UMNO. Kerana semua umat Islam HAMBA kepada Allah.

3.19.2010

Perlukah hina kerjaya orang?






















Ni isu yang aku baru kesan sejak pijak Penang nih. Dan dari sini baru aku sedar kenapa ramai ja bebudak yang graduate skang nih susah btul nak dapat keja. Salah satu faktor yang jadi penyebab ialah hasil pemikiran ibubapa yang jadi PUNCA untuk graduan ni pilih keja.

Apa yang lebih "menarik", bila mana graduan yang terbuka pemikirannya hanya grab ja keja yang ada dari memegang jawatan sebagai GRADUAN MENGANGGUR. Kan?? Duit boleh, pengalaman pon boleh dapat.. Kan? Dari dok umah ja menunggu keja yang MANTAP suatu hari nanti (yang kita tak tau bila) lagi la teruk.. Kan?

So, kalo anda ada mak abah anda atau makcik2 or pakcik anda semua yang suka pandang serong pada kerjaya orang lain, maka ia harus ditegur untuk mengelakkan wabak menghina orang ni terus merebak. Cukuplah dengan merebaknya wabak hasutan politik yang ada skang. Kata nak pejuang agama, tapi orientasi seks pon xbetul, ni nak berdakwah. Kan?

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...