Mungkin kini ak rasa kurang selesa untuk online lelama... Masih sayu dengan proses perpisahan dengan member serta junior di UMS. Semoga lepas nie diberikan kelapangan untuk berjumpa dengan kalian dan lebih banyak perkongsian dapat kita jalankan.
Jutaan ampun dan maaf dipanjatkan sekiranya wujud kesalahan dan tindakan yang menyakitkan hati anda semua... Pengalaman bersama di UMS merupakan satu kenangan yang paling aku ingati kerna inilah saat yang menambah perisa matang dalam hidup aku.
Insyallah aku akan start keja minggu depan. Kesibukan untuk menstabilkan situasi hidup bekerja di tempat orang perlukan sedikit masa dan pengorbanan yang besar.. Mungkin juga tiada update untuk tempoh tertentu sehinggalah aku berjaya stabilizekan diri aku di sana...