6.30.2009

Situasi

Abang polis yang tukang jaga trafik kat simpang empat dalam U...

Salah sebuah kawasan flat yang cantik yang ada kat sini..

Perumahan sting garden yang ada kat sini...

Abang beca yang mintak aku snapkan gamba dia..

Bengkel membaiki motor, beca dan basikal..

Pekan Amir Nishan.. Sini la pekan yang jual memacam...Kain, jubah, stokin, underware, gelang dll.

Lembu & anjing share sampah untuk makan..

Kedai jual buah.. Satu penjaja satu jenis buah biasanya.. Nie kira dia singgah sat la kat kedai nie utk menjual...

Anjing tido mati sebab hangat sangat..

Kedai jual ayam goreng.. Sebelah ja jual ayam mentah.. Sembelih tros goreng.. Menakutkan...Takut darah ayam termasuk dalam kuali...Settle tros..

Kereta lembu yang sentiasa full...

Melepak di kedai kopi, satu kebiasaan..

Bebudak yang mencari sampah untuk kitar semula sebagai sumber pendapatan..Cian..

Sampah bersepah di luar tong besar.. Slalu jadi nie kat Malaysia...

Nie la beca yang slalu kami nek..Kat sini orang panggil dia RICKSHA....haha

Ada transformer letrik tepi jalan.. Yang kat sebelah kanan yang ada tiang letrik tue... Bahaya btoi... Kena kpala orang.. Mampos keras..

Salah satu food point yang slalu ramai orang makan.. Xbrani nak try.. Takut ada air len termasuk dalam kuali...Isk..

Lagi keday tayar...

Tempat penarik beca lepak.. Sini la depa minum2 kopi sambil rehat..

Nie gaya brother yang besa untuk tengok kat sini.. yang blakang tue plak tukang bawak tong gas paling produktif kat sini...

Nie plak air perigi pam yang biasa ada kat tepi jalan.. Nie kira antara perigi yang menakutkan untuk aku guna sbb btul2 sebelah tempat orang buang sampah.. Kat sini la besa ada orang mandi, basuh periuk, pinggan & amek air untuk masak..Bayangkan la..

Abang beca yang sedang rehat...

Tetiba ada bas lalu...

Landing time...

6.28.2009

Korban...

Walaupun raya Korban atau Aidiladha laaammmbaatt lagi, tapi aku nak ceta kisah satu pengorbanan yang patut kita hargai...Iaitu pengorbanan saintis...

Mungkin sejak kecil kita slalu diberitahu bahawa saintis telah menemui satu kawasan baru untuk penempatan manusia.. Saintis telah berjaya mengkaji bahawa air laut boleh diminum selepas proses penyahmasinan... Dan berbagai2 lagi hal berkaitan saintis yang kita dengar...

Namun secara sedar atau tidak sebenarnya, saintis nie xkira umur, jantina mahupun bangsa.. Ini kerana saintis merupakan sesiapa yang menjalankan kajian atau pengamatan secara mendalam tentang sesuatu dalam bidang sains dan teknologi sudah boleh dianggap sebagai saintis...

Kalo kita hidup dengan saintis, mungkin kita sebagai manusia normal akan kata ianya satu kehidupan yang membosankan.. Seolah-olah saintis nie xdak satu gaya hidup bermasyarakat macam orang lain.. Namun, kita sering terlupa bahawa hasil keputusan kajian mereka inilah yang memberikan kita kemudahan dalam kehidupan skarang..

Jasa dan pengorbanan golongan ini selalu kita lupa...

Perjalanan hidup nie amat panjang dan mencabar... Kadang2 kita perlu belajar untuk menghargai orang yang tidak pernah ada kaitan dalam hidup kita namun tetap membantu dalam kebahagiaan kita hidup senang lenang di masa skarang...

6.23.2009

Manja...

Sedikit tips untuk sesapa yang dapat tawaran untuk menjadi peserta kursus, mahupun tawaran latihan di mana-mana tempat samada di dalam Malaysia atau di luar negara....

JANGAN MENGHARAPKAN SESUATU YANG HEBAT!!!

Maksud aku di sini, jangan meletakkan satu harapan yang besar tentang tempat yang akan kita p.. Biarlah kita letakkan satu mind setting kita akan p satu tempat yang sangat teruk.. Walaupun dalam surat dia kata akan letakkan kita dok kat hotel, pastikan kita prepare for the worst sbb berdasarkan pengalaman aku, ada satu kursus yang aku pi nie, dia kata akan bagi penginapan kat hotel.. last2 HOSTEL yang dia bagi...

Apa yang aku dapat simpulkan wat masa skang nie, kebanyakan generasi yang ada skang nie (umur 25 tahun ke bawah) tersangat manja & tersangat senang hidup...Xpernah nak reti susah..Ada bau busuk sket dah bising.. panas sket dah bising... Tempat kotor sket dah bising.. Semua benda nak bising.. Kalo boleh nak semua ada depan mata.. Xnak belajar susah sket pon.. Knapa orang dlu2 boleh ja hidup dengan cemerlang akademik walaupun kena berjalan kaki p skola??? Skang nie, nak p kuliah 700 meter jalan pon xmo.. nak kena nek bas.. Bas lambat, komplen....

Inilah sindrom manja generasi yang aku jmpa skang...

6.22.2009

Perpaduan di India.

Selama aku dok kat India nie dah masuk minggu ke 5.. Aku dapat amati bahawa perpaduan di sini agak bagus..Maybe kat sini, Aligarh, saja kot.. Tapi masalah utama yang mampu menggugat keharmonian perpaduan kat India nie yang aku nampak ialah bila berlaku tidak hormat antara 2 agama utama kat sini iaitu Islam & Hindu..

Apa yang menarik dengan hormat-menghormati di sini, setiap penganut agama menghormati anutan dan budaya yang diamalkan oleh agama masing2.. Contohnya, waktu azan berkumandang, suara televisyen atau radio yang diperdengarkan kepada umum akan disetkan pada keadaan senyap atau "mute" secara serta merta. Satu penghormatan kepadaq Bilal yang melaungkan azan untuk mengajak umat Islam solat di samping menandakan masuknya waktu solat fardhu.

Selain tu, seperti mana yang kita tau, penganut Hindu menganggap lembu sebagai mulia dan tidak wajar dibunuh atau disembelih untuk makan. Ini kerana lembu merupakan satu makhluk yang membantu manusia untuk melakukan kerja dan membolehkan kita dapat susu dari dia. Apa yang berlaku di sini, lembu dibiar bersepah di tepi2 jalan.. Cuma kadang2 ja diguna untuk bawak barang... Dan orang Islam di sini pun kurang makan daging lembu.. Yang biasa dimakan ayam ngan kambing...

Jadi, kat sini, apa yang boleh aku katakan ialah sikap hormat-menghormati tentang sensitiviti dan anutan antara agama mampu memberikan kehidupan yang harmoni dan bahagia. Janganlah kita asyik saja mencari salah kerana manusia tue tidak boleh untuk 100% sempurna... Tetap akan ada salah di mana2.. Belajar untuk memahami...

Bagi umat Islam di Malaysia, tak perlu kita asyik saja mengukur "siapa lebih Islam dari siapa" seperti yang selalu dilakukan oleh pemikir berdarah incredible hulk...Ini akan menjatuhkan maruah umat Islam...Semoga Malaysia terus selamat, aman dan makmur... Insyaallah...

6.15.2009

Pemandangan Sekitar AMU..

Nie masa aku jalan2 sekitar AMU Sabtu lepas.... Macam nie la pemandangan kampus AMU...












6.13.2009

Kau bunga cintaku

"Di dalam diriku.. Hanya ada satu cinta.. Yang membuatku bahagia.. Bersamamu...."
Nie part corus lagu Anuar Zain - Kau Bunga Cintaku yang Hafiz Juara AF7 nyanyi masa konsert akhir AF7 ritu... Saja teringat lagu nie... Dan terus cuba belajar untuk amek gamba bunga yang ada kat sekitar AMU nie...Nie gamba aku kat taman khas yang wujud dalam U nie...

Tinggal 52 hari saja lagi untuk aku balik ke Malaysia.. Negara yang semakin aku cinta..Bertambah2 cinta aku pada Malaysia bila dok kat perantauan nie.. Xtau napa... Segalanya ada di Malaysia... Oh tanahairku...huhuhu....

*rindu sambal tumis ikan curut yang mak aku masak...HUhu















Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...