2.26.2009

Tips Bagi yang akan membuat kajian..

Bagi pelajar yang berada di tahun akhir, biasanya akan dikenakan untuk menjalankan satu jenis kajian yang biasanya jugak bergantung pada supervisor kita untuk decide tajuk. Tapi kita jugak boleh untuk mencadangkan tajuk kita sendiri... Tapi, kita nie selalu merancang. Bila merancang tue, memang macam meletop saja projek kita tue. Tapi semua yang berlaku akan ditentukan oleh Allah jugak...

Contohnya macam aku, projek aku boleh dikatakan amat mudah. Kaji kualiti air minuman sekitar UMS. Itu tajuk aku. Hanya kaji pH, Total Dissolve Solid, Logam Berat dan kaji kehadiran bakteria E.Coli dalam air minuman yang banyak diminumoleh student kat sini...

Tips penting yang kena kita pegang ialah mulakan projek anda secepat mungkin!!Lepas tue, barulah kita pikir nak p ikut member wat sampling atau apa2....

Kalo x, projek kita akan delay sampai 2 bulan.....

Tue yang aku dapat kongsi untuk tips kali nie...huhu

2.24.2009

Minyak Vs Air..

Dalam situasi Malaysia & dunia yang semakin hari semakin huru hara, isu paling besar yang biasa digembar gemburkan oleh pemimpin dunia termasuk pemimpin negara kita ialah berkaitan MINYAK.

Masih terngiang di pemikiran aku bila DSAI sering saja mewarwarkan bahawa harga minyak akan diturunkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mweujudkan kerajaan pusat masa PRU12 Mac tahun lepas.

Maka, ramailah rakyat yang asyik saja fikir tentang kos pengangkutan & bisnes masing-masing mengundi parti yang memperjuangkan harga minyak untuk rakyat nie...

Aku bukan menyalahkan sesiapa dalan hal harga minyak nie, tapi sedar atau tidak, sebenarnya harga seliter air bersih semakin hari semakin mahal?? Berbanding harga minyak, yang telah berjaya diturunkan hasil pergeseran politik antara dua jenis pakatan yang ada..Ini adalah realiti..

Dalam kehidupan, manusia lebih memerlukan air untuk hidup. Namun, kesedaran manusia untuk menghargai nikmat yang menjadi anugerah percuma dari Tuhan ini telah dibiarkan & tidak diambil peduli oleh ramai di kalangan kita. Apa yang kita pentingkan ialah untuk hidup mewah dengan keseronokan duniawi tanpa henti.. Tetapi, kita terlupa untuk hidup bahagia dengan kesihatan & kesegaran hidup yang hanya boleh dirasai bila banyak minum air yang bersih.

Kalo negara yang dah mula merasai krisis air nie, banyak alternatif dicari sehinggakan ada negara yang sanggup menjadikan air sisa kumbahan negaranya sendiri untuk dirawat sehingga bersih dan diguna semula bagi tujuan pembekalan air bersih. Mahukah negara kita sampai ke tahap ini??? Semestinya tidak...

Untuk itu, selagi kita masih diberi peluang untuk insaf dalam menikmati air yang bersih & segar. Janganlah kita membazirkannya. Kalo pergi berkelah di kawasan air terjun, pastikan tiada sampah dibuang merata. Bagi pengusaha kilang mahupun di bidang IKS, pastikan sisa kilang itu dirawat dengan baik sebelum dibuang sahaja ke dalam sungai atau laut. Dan kita sebagai masyarakat biasa, haruslah bekerjasama menjaga sumber alam kita dengan baik demi kebahagiaan kita di masa kini, dan anak kita di masa depan. Laporkan sebarang pemerkosaan alam sekitar kepada pihak berwajib. Banyak saja iklan di TV skang ni yang mahukan laporan dari kita.. Xkan nak harapkan Karam Singh Walia saja?? Kita perlu memulakannya....

Pencinta Air, alam & masa depan...

Terima Kasih...

Assalamualaikum...

Nak ucapkan terima kasih banyak2 buat sabahat2 yang wat surprise + yang bagi ucapan & mendoakan yang baik sempena hari DUA DUA aku...ehe...Memang menakjubkan la angka DUA DUA nie...Macam2 ada....

Tapi, sejak hari DUA DUA ritu, aku sangat sibuk...Segalanya perlu dikejar sbb masa amat sempit...Asignment, thesis + midterm datang bertalu-talu plak...So, sampai tahap xsempat nak update blog...

Aku mendoakan kepada semua member, sahabat, cikgu2 dan semua yang mengenali aku agar sentiasa sihat, aman, tenteram & sentiasa diredhai Allah kerana hidup ni amat mencabar. Bukan senang untuk menjadi senang tetapi amat senang untuk jadi susah.Namun, mereka yang berjaya adalah mereka yang menyedari tanggungjawab di sebalik kebebasan yang dimiliki...

Nie saja yang sempat aku update untuk masa nie..."umspublic" wat hal plak.. Terpaksa update kat Megalab...Sekian...

2.18.2009

Dua - dua...

Ada lelaki...
Ada perempuan..

Ada jantan..
Ada betina..

Ada tinggi...
Ada rendah...

Ada kaya...
Ada miskin..

Ada dunia...
Ada akhirat...

Ada cantik..
Ada hodoh..

Ada pandai..
Ada bodoh...

Ada kuat..
Ada lemah..

Ada Dosa..
Ada Pahala..

Ada Jahat..
Ada Baik...

Semua ada DUA....
Kita sebagai manusia langsung xboleh elak dari menemui Dua-Dua ni...
Namun, bila kita perlu memilih antara Dua-Dua ni, keputusan yang tepat perlu kita pilih.
Ada juga yang xboleh buat pilihan...
Tapi..
Pilihan tetap perlu dibuat...
Yang pasti, kita hanya singgah sebentar di dunia ni..
Alam keDUA kita adalah yang lebih kekal & sempurna...
Semoga kita sama-sama menjadi lebih baik dari semalam & tahun lepas...
Perlu ditambahkan lebih ilmu untuk elakkan kita dari Tak Tahu antara DUA...
Salam DUA-DUA dari saya....

2.14.2009

Kusut..


Selalu aku terfikir, andainya diberikan seorang wanita untuk dijadikan teman hidup. Yang bagaimana menjadi pilihan hati?

Tapi trend semasa mengatakan kewujudan "teman wanita" atau girlfriend PENTING bagi seorang lelaki. Kalo x, lelaki tu biasa akan dituduh sebagai GAY.

Lagipun, ini kata orang...Mulut orang, bukan bawah kawalan kita. Jadi, biarpun terkesan sket di hati dengan kata-kata orang, tapi apa yang kita rasakan betul & penting tue perlu dipegang.



Tapi, bila dah kita dah mula berbaik dengan seseorang. Terasa salah plak...


Apa saja yang kita buat, pasti akan teringat akan dia. Xkira la nak makan, main bola, kuar jalan2 ngan kawan malah nak tido pon pasti terfikir di kotak pemikiran tentang dia.


Bukankah kita sepatutnya lebih mengingati Pencipta kita??? Atau sekurang-kurangnya kita perlu sentiasa mengingati insan yang telah membesar & mendidik kita dari kecil hingga stakat ni?? Bukankah ini yang perlu kita ambil perhatian?


Aku jadi kusut....


Sentiasa dilembapkan dengan lembapan dosa..Itu yang aku rasa. Biar aku pernah melakukan dosa yang lain. Tapi, ini yang menyusahkan pemikiran aku..


Adakah aku xmo lagi utk bergirlfriend??? Ataupun aku ni masih dibayangi kisah "cinta plastik" dulu?


Apa yang dapat aku katakan..Aku kusut & Kusut...

2.13.2009

Interferens..






















Ini adalah kejadian Interferens cahaya yang aku dapat tangkap sendiri masa satu pagi yang indah di UMS.. Gambar ni aku dapat rakamkan dengan menggunakan kamera henpon N70 aku ni ja...Xsempat nak bawa kamera digital yang lebih baek..ehe..

Interferens cahaya ni aku tangkap sebab aku teringat masa skola menengah dulu masa blaja Fizik bab interferens cikgu aku slalu gitau psal interferens ni. Kejadian camni biasa kita boleh lihat masa waktu matahari naik iaitu pepagi dalam jam 6 ke 7 pagi (untuk waktu di Sabah), dan waktu senja (jam 5 ke 6 petang juga waktu Sabah).

Layankan gambar ni....

2.11.2009

Slide Laporan Akhir Bendahari Kehormat PMUMS sesi 2007/2008
























Ini adalah slide yang xdapat saya tunjukkan dalam Perhimpunan Agung PMUMS 2009 semalam. Harap komen dari pembaca semua..
*Maaf kerana lambat upload...Masalah teknikal dengan internet...

2.10.2009

Malam Pelancaran Alumni MPP

8 Februari, jam 8 malam. Majlis Pelancaran Alumni Majlis Perwakilan Pelajar telah dilancarkan oleh Datuk Naib Canselor UMS yang diadakan di Courtyard Hotel, 1 Borneo.

Objektif utama penubuhan Alumni MPP ni adalah bertujuan bagi memastikan wujud kesinambungan dalam perjuangan MPP dalam menggerakkan jentera gerakan mahasiswa di UMS.

Alumni MPP UMS ini merukan alumni yang kedua seumpamanya yang diwujudkan di Malaysia selepas UiTM dan merupakan Alumni MPP yang pertama diwujudkan di Kepulauan Borneo.

Seramai 4 orang Majlis Tertinggi telah dipilih pada malam tersebut bagi menggubal Perlembagaan Alumni & satu majlis lain akan diadakan untuk memilih jawatankuasa tetap alumni pada masa depan. Berikut ialah 4 orang ahli Majlis Tertingi Yang dipilih:
1. En Muariffin
2. En. Hasanal Hassan Alban
3. En Mursidi Amat
4. En Chua Yong Wei

Semoga penubuhan alumni mampu memartabatkan UMS dalam memastikan mahasiswa sentiasa menjadi peneraju kepada keunggulan Ummah.

2.09.2009

Daulat..

Kisah DERHAKA oleh pihak Pakatan telah mengkucar-kacirkan lagi situasi politik Malaysia, terutaanya di Perak. Aku sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu amat malu bila mana Sultan Perak telah mendapat penderhakaan secara "terhormat" oleh MB Perak dari PKR.

Mungkin jugak MB Perak Datuk Seri Nizar ni LUPA dengan apa yang berlaku sebelum beliau diantik menjadi Menteri Besar tahun lepas. Kalo bukan kerana daulat & perkenan dari Sultan Perak, xmungkin Datuk Seri Nizar dapat jadi MB Perak macam skang (2 hari lepas) ni....


Isunya skang bila Datuk Seri Nizar ni "memohon derhaka" kat Sultan Perak untuk meneruskan tugas sebagai MB.

Namun kat sini, bila kita tengok balik, prinsip yang dipegang oleh beliau selama ni jadi kucar-kacir. Mula2 terserah pada Sultan Perak untuk membuat keputusan samada untuk membubar DUN Perak atau x. Bila keputusan Sultan Perak dah buat, skang ni xdapat nak terima keputusan yang dia sendiri mintak Sultan Perak buat.

Jadi, di mana Prinsip RUKUNEGARA yang ke-2??? "KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA"... Adakah in contoh terbaik untuk rakyat Malaysia bertaraf Menteri Besar??

Daulat Tuanku Sultan Perak!
Semoga Tuanku sentiasa dilimpahkan rahmat & keberkatan oleh Allah SWT.

2.08.2009

PENTING untuk UMS Bloggers!!!!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Kelmarin, Jumaat 6 Februari 2009 aku telah mendapat ilham untk mewujudkan satu komuniti Bloggers di kalangan mahasiswa UMS... So, aku wat blog http://umsblogers.blogspot.com untuk tatapan smua Bloggers dan pembaca blog yang aktif. Untuk itu, kepada bloggers yang inginkan link blognya diletakkan dalam blog komuniti bloggers ni, bolehlah emailkan terus kepada umsbloggers@gmail.com link blognya untuk dimuatkan ke dalam blog komuniti ini.

Diharapkan dengan kewujudan umsbloggers.blogspot.com ni mampu memberikan satu tsunami baru dalam bidang bloggers di kalangan mahasiswa UMS.




Selamat blogging!!!!

2.07.2009

Rokok...

"Merokok tue HARAM di sisi Islam!!"


Nie la ungkapan yang selalu aku nampak di masjid atau surau2 sekelilinga kita..


"Amaran kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan."


Nie plak amaran di kotak rokok.



Biar apa saja iklan ataupun amaran untuk tidak merokok, tapi bilangan perokok yang ada tetap bertambah. Dan yang sedia ada tetap dengan tabiat merokok tue. Bagi yang bukan perokok pasti sentiasa pelik dengan situasi yang berlaku..


Tapi, dari pengamatan aku, merokok ni bukanlah akibat ketagihan atau apa2 yang sewaktu dengannya. Tapi, merokok ni biasa melibatkan tabiat atau sifak manusia. Sebabnya bila seseorang dah terbabit dengan rokok, dia akan sentiasa "beriman" dengan rokok..


Tak dapat dikenalpasti apa yang menyebabkan seseorang yang merokok ni akan terus saja seronok dengan rokok nie...Namun, kehebatan komuniti perokok ni jugak sukar untuk diragui lagi. Cuba bayangkan dengan hanya merokok, segala situasi & perbincangan akan menjadi licin & sempurna. Pun begitu, bila perokok dah bertemu perokok, xkisah la pernah knal atau x, biasanya hubungan mudah terjalin sehinggakan nak mintak sebatang rokok pun boleh dengan perokok yang lain.


Lebih mengharukan ialah jarang sekali kita dapat lihat seseorang tue terseksa masa dia merokok. Bahagia saja nampak. Melainkan dia tue perokok yang baru, biasa la pening2 sket bila merokok nie...


Ada orang merokok sebab dia suka untuk merokok. Ada juga merokok sebab dah jadi tabiat & style dia untuk merokok. Ada orang xleh nak berak bila x merokok. Ada juga setengah yang len, saja2 seronok ikut member merokok. Ada juga yang best sket, duit dia banyak xtau nak watpa terpaksa merokok.Dan ada yang suka cuba2 untuk merokok.


Kesimpulannya di sini, rokok telah memainkan peranan penting dalam pembentukan karakter seseorang. Selain tu, rokok juga penting dalam memacu ekonomi negara.. Apa yang pasti, aku tetap kagum dnegan komuniti perokok yang sentiasa bersatu tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama, mahupun warganegara.

2.06.2009

Kalaulah aku ni superstar...

Memang susah bila membayangkan diri ini sebagai superstar.. Ala2 Mawi tue...

Nie cuma bayangkan & cuba untuk berada di satu kedudukan yang tidak dapat dibayangkan dengan baik oleh akal yang masih memerlukan ilmu ni...

Susah jugak bila jadi superstar ni, nak berjalan2 ronda2 shopping complex ka... nak p makan ngan kawan2 confirm kita akan jadi perhatian orang sekeliling. Dah tu, bila berjalan ja.. Ada saja orang yang panggil "Hilal!!!" kena la Hai balik kat orang.. Nanti bila kita x reply ka apa ka..confirm kena tuduh sombong...

Bila time wat show plak.. Nanti bila nak sampai tue, smua body guard pulun nak jaga..Yang penonton plak, xhenti dok jerit.. Macam2 jeritan la... Tahan ja la... Bila dah nak rehat jap semenara member len wat persembahan, aku kena kurung kat bilik blakang pentas tue.. Dengan air cond yang kuat terpasang bagi keringkan peluh yang dah mula kuar kat merata celah aku ni...

Bila persembahan abes, aku terpaksa p makan (yang disponsor) dan trus balik bilik hotel untuk berehat & bersedia untuk esok pulak... Kalau lokasi show tu tempat yang aku xpernah pi, rugi la..xdapat nak berjalan sekeliling tempat tue... Show manager biasa x bagi aku berjalan..huhu...

Xkisah pulak dengan ceta kehidupan peribadi aku lagi.. Kalo aku g kuar ngan member pompuan ja.. Wartawan kata skandal... Kalo kuar ngan kawan laki plak.. Kata aku ni songsang...huhu.. Segala pergerakan menjadi salah & serba xkena..


Nie cuma bayangan ja kalo la aku jadi superstar.. Sangat xbest kehidupan bila jadi superstar. Hanya dapat populariti. Duit plak akan dapat bila show banyak & album laris...Huhu... Jadi, perlukah aku join AF???? Aku cadangkan untuk diri aku... Xpayah la....hahaha...

2.05.2009

Seronoknya Reformasi???

Hari ni kita dikejutkan dengan berita BN telah menawan negeri Perak selepas mendapat majoriti mudah. Majoriti mudah yang didapati BN ni berjaya dikecapi selepas proses LOMPAT MELOMPAT oleh ADUN Perak yang sibuk diwar-warkan media sejak seminggu dua ni.

Reformasi berlaku lagi lepas PRK 12 Mac tahun lepas!!!

Memang nampak seronok dengan berlakunya reformasi ni.. Keadaan ni pada pendapat aku bermula dengan kes DSAI masa dia dilucutkan jawatan TPM pada tahun 1998 dulu. Masa tue, semua penyokong DSAI sibuk dan bangga menjerit "Reformasi!! Reformasi!!"... Tapi, selepas 10 tahun, baru reformasi tu menampakkan sedikit hasil buat ahli PAKATAN selepas berjaya menambahkan bilangan negeri untuk dijadikan "bahan eksperimen" kiranya PAKATAN berjaya menjajah Malaysia.


Tapi, situasi hari ini jadi lagi pelik. Bila BN (yang semakin kelam kabut) pon nak jugak sibuk2 jajah negeri yang dah terlepas masa PRU 12 ari tu.. Tapi ari ni mcam menampakkan hasil pulak lepas sket usaha dijalankan untuk mendapatkan balik Perak yang menang sikit saja masa PRU hari tu...


Yang best dalam situasi ni ialah kedudukan ahli politik yang semakin selesa (bagi politikus BN la...). Tapi, bagi yang kurang selesa, dah mula nak tunjuk yang dia ada kuasa & nampak semangat sket untuk wat keja lebih untuk rakyat (kalo buat la). Ini yang nampak macam seronok bila berlaku reformasi...


Tapi mangsa keadaannya ialah RAKYAT!!! Bila rancangan jangka panjang untuk rakyat tidak dapat dijalankan dengan baik. Bila mana pelan ekonomi untuk membantu bumiputera tidak dapat berjalan lancar. Bila pelan untuk pendidikan tidak menampakkan hasil positif. Semuanya kerana apa???


Kerana seronok dengan reformasi!!!


Jadi, sampai bila kita mampu bertahan??? Tepuk dada, tanya IMAN....

2.03.2009

AF7 Audition @ 1 Borneo..

Bebaru ni, aku berpeluang melihat sendiri sesi ujibakat untuk Akademi Fantasia musim ke 7 di 1 Borneo Hypermall... Tq berjuta-juta wat Liza & Nadira yang sudi bawak aku ikut skali diorang berjalan.

Ujibakat AF selama ni aku bayangkan amatlah mudah untuk ditempuh. Namun, sangkaan yang aku rasa selama ni sebenarnya meleset sama skali. Ada 4 stage yang perlu dilalui.

Stage 1 pon dah susah.. Ada 2 orang petugas Astro yang akan ujibakat kita. Menyanyi tanpa mikrofon & muzik minus one. Yang penting, merdukan sora dalam bilik ujibakat yang ala2 gudang yang baru dibuat..


Stage 2, lebih grand sket pentas dia. Kita akan diadili oleh Nurul(Bekas isteri Ajai) & Edry Hashim. Yang nie la yang start masuk TV nie... Kita kena nyanyi tanpa muzik dengan menggunakan mic & aksi kita akan dirakamkan untuk tatapan rakyat Malaysia.hahaha...

Stage 3 & 4, aku xdapat p pasal time aku g tgk tue, xdak plak yang lepas sampai stage 3 & 4..ahaha....

Secara keseluruhannya, perjalanan aku masa g tgk2 time ujibakat AF7 nie (Sabtu, 31 Jan 2009 ritu) sangat best... Dapat g jmpa Nadia, Mila, Syawal, Nubhan, Ebi & crew2 ujibakat yang ada... Smua memang sempoi...

Speacial thanks skali lagi wat Liza ngan Nadira...Banyak2 thanks bagi peluang aku ikut hgpa..haha....Actually masa hari kami g tgk audition ni besday Nadira.... Ala2 ronda2 sambil menyeronokkan hari utk Dira la...hehe...


Hari ni, 3 Feb plak, Besday Liza...So, aku ucapkan hepy besday untuk Liza...Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki.. Jangan lupa solat & semoga sentiasa berjaya dunia & akhirat...Amin...






Nie plak beberapa gambar yang sempat aku snap masa g jenjalan nie...



2.01.2009

Aku suka bulan Februari...

Bulan yang mungkin membahagiakan...

Setiap kali datang Februari, aku akan rasa mcm bersemangat... Semangat untuk berubah...Semangat untuk mencari sesuatu yang baru... Dan juga semanga untuk merancang pembaharuan dalam diri.

Banyak juga hari penting yang berlaku dalam bulan Februari...

Ada orang boleh sambut birthdaynya 4 tahun skali sebab bulan Februari... ada orang sambut hari lahir dan hari kekasih di bulan Februari... Planet Pluto pon dijumpai oleh saintis pada bulan Februari...

Untuk Februari kali ni, aku hanya mengharapkan aku dapat lebih mendekati Tuhan...Kerana Dia sentiasa memberikan aku inspirasi tentang perkara baru yang ingin aku buat...

Kesukaan di bulan Februari tahun ni, mungkin kerna aku akan menghabiskan projek akhir tahun aku....semoga semuanya dapat disiapkan dengan baik...Insyaallah..

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...