11.04.2008

Kasih Sayang.

Bila berkata tentang kasih sayang, banyak remaja yang tersilap anggap. Anggapan biasa, berkasih sayang dengan awek, GF, BF dll. Namun, pernah ka kita terfikir tentang kasih sayang yang kita nikmati dan rasai dari keluarga kita?

Situasi sekarang banyak memberikan satu inspirasi & idea kepada saya bahawa masalah utama berlakunya masalah sosial dan kewujudan orang muda yang "tak tau malu" di sekitar kita datang dari masalah kurangnya kasih sayang.

Pada hemat saya, bila seseorang itu kurang mendapat kasih sayang, xkisah dari keluarga mahupun rakan-rakan sekeliling, maka dia ni memerlukan perhatian. Justeru itu, bila tiada kasih sayang, maka tiada perhatian. Bila tiada perhatian, maka mula la individu ni buat perkara untuk mendapatkan perhatian.

Teringat saya ketika melihat audition untuk Akademi Fantasia. INi sebagai contoh kes ja.Kita dapat tengok betapa ramainya orang "memalukan diri" sendiri di depan kamera. Maksud saya individu yang mungkin xsedar diri dengan kemampuan yang dia ada.Bukan bermaksud saya ban AF. Saya merupakan peminat AF. Dari sini kita dapat tengok betapa masyarakat kita sekarang ni telah mengalami masalah kurang kasih sayang & perhatian dari orang sekeliling.

Kalau dulu2, orang hidup berjiran saling ambil berat antara satu sama lain. Secara tak langsung kasih sayang antara jiran wujud.Perhatian diberi bukan sahaja kepada anak sendiri, malah juga diberi kepada anak jiran sebelah menyebelah. Tapi sekarang, apa sudah jadi? Nama jiran sebelah rumah kita pun langsung kita xtau.Di mana kasih sayang dalam masyarakat kita?

Fikir-fikirlah...

Salam sayang dari saya..

4 comments:

  1. tq atas perhatian anda....

    Semoga kita saling berkasih sayang kerana Allah...

    ReplyDelete
  2. close ur eyes and remeber the person that u love (parents)
    nivyan ucapkan gud luck for ur final exam encik Hilal...
    lama tak jumpa...hehe....
    GF????

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...